Cari @ Amanz

HMD Global kini telah mengumumkan penawaran satu lagi telefon pintar untuk pasaran tempatan, iaitu Nokia 3.4.

Nokia 3.4 merupakan telefon berspesifikasi asas, dijana cip Snapdragon 460, dan menjalankan sistem operasi Android 10.

Nokia 3.4 menawarkan skrin 6.39-inci HD+, dijana cip Snapdragon 460, bateri 4000mAh, dan hadir dengan tri-kamera belakang gabugnan 13MP + 5MP (ultra-lebar) + 2MP (kedalaman).

Nokia 3.4 turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari pada skrin, butang Google Assistant khas, selain dilengkapi dengan bicu audio 3.5mm.

Di Malaysia, Nokia 3.4 hadir pada harga RM599 untuk pilihan 3GB RAM dan 32GB storan. Ia akan dijual bermula 12 Disember 2020 ini melalui laman edagang. Setiap pembelian melalui platform edagang juga akan menerima satu botol minuman “No Time To Die” secara percuma.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd