Cari @ Amanz

Honor telah dijual oleh Huawei bagi memastikan kelangsungan perniagaan oleh rangkaian pembekal dan pengedar mereka selepas halangan perdagangan oleh Amerika Syarikat. Kini terbit laporan bahawa Qualcomm kini dalam perbincangan untuk membekalkan cip Snapdragon kepada Honor.

Menurut sumber perbincangan berjalan dengan lancar dan kedua-dua pihak percaya bekalan dapat diperolehi untuk penggunaan peranti 2021. Pada waktu yang sama ketua pegawai eksekutif Honor, George Zhao kini menyasarkan Honor menjadi peranti nombor satu di China di dalam memo yang diedarkan kepada kakitangan. Peranti mereka yang akan dilancarkan seterusnya ialah Honor V40 pada Januari depan menggunakan cip MediaTek.

Selepas tidak lagi di bawah naungan Huawei, mereka tidak lagi mendapat akses kepada cip Kirin. Malahan siri V40 kerap dilihat sebagai alternatif murah kepada siri P Huawei.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd