Cari @ Amanz

Facebook Messenger merupakan salah satu perkhidmatan permesejan yang popular, dan digunakan berbilion pengguna seluruh dunia. Apa pun, kini perkhidmatan berkenaan dilihat menghadapi masalah.

Ia dilihat penggunaan penghantaran mesej melalui aplikasi menghadapi sedikit lengah masa untuk dihantar, sementara di web, ia seperti tergendala dan tidak boleh menghantar mesej.

Selain Facebook Messenger, masalah ini juga dihadapi oleh segelintir pengguna Facebook Workplace.

Bagi anda sendiri, adakah anda menghadapi masalah untuk menghantar mesej di Facebook Messenger?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd