Pantone sering hadir dengan warna pilihan untuk sesuatu tahun, yang mana kadang-kala turut memberikan kesan terhadap warna peranti yang dikeluarkan oleh para pengeluar.
Terbaru, Pantone kini telah pun mengeluarkan warna tahunan untuk 2021. Dua warna yang dipilih adalah kuning dan kelabu, atau yang mana Pantone panggil sebagai Ultimate Gray dan juga Illuminating.
Pantone mengatakan gabungan kedua-dua warna ini memberikan makna positiviti dan juga kekuatan, selain harapan.
Dengan pengumuman warna ini, adakah kita akan melihat lebih banyak warna peranti dengan pilihan kuning dan kelabu pada tahun 2021 akan datang?