Promosi Jualan 12.12 – Telefon Pintar Apa Yang Murah?

Diterbitkan pada Dis 11, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebut sahaja mengenai promosi, siapa sahaja yang tidak suka bukan? Lagi-lagi jika promosi tersebut berlangsung ketika kempen jualan besar-besaran dalam talian, contohnya seperti acara jualan tahunan 12.12 di Shopee dan Lazada. Boleh dikatakan, kempen sebegini sering kali mendapat tumpuan ramai disebabkan terdapat pelbagai pilihan barangan menarik yang boleh dibeli dengan harga runtuh. Tidak kiralah sama ada barangan rumah, kecantikan, kesihatan atau apa sekalipun, tapi yang pastinya semua akan dijual dengan diskaun cukup istimewa.

Acara jualan tahunan 12.12 di Lazada dan Shopee kini kembali. Adakah anda sedang mencari telefon pintar baharu dengan harga berpatutan? Baiklah, di sini kami kongsikan kepada nada anda sejumlah peranti pintar daripada jenama berbeza yang hadir dengan tawaran harga lebih murah berbanding penawaran asal. Mana tahu, ada di antaranya yang tersenarai berkenan di hati?

Tapi, seperti biasa anda perlu ambil perhatian di sini. Terdapat sejumlah promosi yang tersenarai adalah tawaran masa terhad iaitu bermula jam 12 tengah malam – 2 pagi. Bagaimanapun, terdapat juga beberapa penawaran dibuat untuk tempoh masa tertentu – termasuklah sepanjang hari. Justeru itu, adalah lebih baik sekiranya anda menyemak setiap pautan yang disertakan dengan teliti. Ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berlaku. Pautan ini disediakan bagi memudahkan anda menyemak secara langsung dan kami juga telah membahagikan setiap satu model mengikut jenama masing-masing. Selamat membeli-belah!


1) Apple

Bersempena acara jualan tahunan 12.12 ini, Apple dilihat hadir dengan tawaran istimewa untuk model iPhone XR dan iPhone 11 dengan harga lebih rendah. Bagi yang berminat, iPhone XR dengan storan 128GB dijual pada harga RM2,199. Sementara, iPhone 11 dengan storan 128GB pula berharga RM2,899 untuk seunit. Bukan itu sahaja, Apple turut hadir dengan penawaran pemberian kepala pengecas secara percuma untuk setiap pembelian mana-mana model di bawah siri iPhone 12 yang dibuat pada acara jualan tersebut. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai tawaran menarik daripada Apple, boleh rujuk senarai di bawah :

[ PLATFORM LAZADA ] :
  • iPhone 11 (128GB) – RM2,899 (RM3,099) [ LINK ]
  • iPhone XR (128GB) – RM2,199 (RM2,599) [ LINK ]
  • Pengecas percuma untuk pembelian siri iPhone 12 [ LINK ]

2) Black Shark

Seterusnya, Black Shark. Sejumlah model daripada jenama ini turut dilihat menerima diskaun menarik. BlackShark 3S untuk variasi 256GB boleh dibeli pada harga RM3,219 sahaja. Sementara, variasi 128 pula berharga RM2,943. Melaluinya, kita boleh lihat penjimatan sehingga RM280 dapat dinikmati berbanding harga asal. Bukan itu sahaja, Black Shark 3 juga turut boleh dibeli pada harga yang menarik iaitu RM2,329 pada hari tersebut menerusi Shopee. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai tawaran menarik daripada Black Shark, boleh rujuk senarai di bawah :

[ PLATFORM LAZADA ] :
  • Black Shark 3S (12GB + 128GB) – RM2,943 (RM3,199) [ LINK ]
  • Black Shark 3S (12GB + 256GB) – RM3,219 (RM3,499) [ LINK ]
[ PLATFORM SHOPEE ] :
  • Black Shark 3 (8GB + 128GB) – RM 2,329 [ LINK ]
  • Black Shark 3S (12GB + 128G) – RM2,943 (RM3199) [ LINK ]
  • Black Shark 3S (12GB + 256GB) – RM3,219 (RM3499) [ LINK ]


3) Huawei

Sekiranya anda terlepas peluang untuk merebut diskaun hebat daripada Huawei ketika kempen jualan tahunan 11.11 tempoh hari. Jangan risau. Huawei dilihat membawa kembali promosi tersebut ke acara jualan tahunan 12.12 pula. Hasil semakan kami mendapati, mereka menawarkan potongan harga runtuh untuk sejumlah produk terpilih dengan penjimatan sehingga RM1,700.

Melaluinya, anda boleh mendapatkan Huawei Mate30 Pro 5G pada harga RM2,499 sahaja berbanding harga asalnya RM4,199. Bukan itu sahaja, model yang boleh dikatakan masih agak baru iaitu siri Huawei P40 dilihat turut hadir dengan diskaun menarik. Dalam pada itu, mereka turut menawarkan baucar percuma berjumlah RM200 yang boleh digunakan untuk beberapa produk. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai tawaran menarik daripada Huawei, boleh rujuk senarai di bawah :

[ PLATFORM LAZADA ] :
  • Huawei Mate 30 (8GB + 128GB) – RM1,499 (RM2,499) [ LINK ]
  • Huawei Mate 30 Pro 5G (8GB + 256GB) – RM2,499 (RM4,199) [ LINK ]
  • Huawei Nova 5T (8GB + 128GB) – RM999 (RM1399) [ LINK ]
  • Huawei Nova 7 (8 GB + 256 GB) – RM1,799 (RM1,999) [ LINK ]
  • Huawei P30 Pro 8GB + 512GB – RM1,212 (RM3899) [ LINK ]
  • Huawei P40 (8GB + 128GB) – RM2,599 (RM2,799) [ LINK ]
  • Huawei P40 Pro (8GB + 256GB) – RM3,699 (RM3,899) [ LINK ]
  • Huawei P40 PRO+ – RM4799 (RM4999) [ LINK ]

[ PLATFORM SHOPEE ] :
  • Huawei Mate 30 Pro 8GB + 256 – RM1999 (RM3599) [ LINK ]
  • Huawei Nova 5T (8GB + 128GB ROM)RM999 (RM1399) [ LINK ]
  • Huawei P40 (8GB + 128GB) – RM2599 (RM2799) [ LINK ]
  • Huawei P40 Pro (8GB + 256GB) – RM3699 (RM3899) [ LINK ]
  • Huawei P40 Pro – RM4,799 (RM4,999) [ LINK ]


4) Honor

Seterusnya, Honor juga tidak ketinggalan hadir dengan penawaran istimewa bersempena acara ini. Melaluinya, sejumlah model yang pernah popular di kalangan pengguna sebelum ini dilihat menerima harga runtuh menarik. Misalnya, siri Honor 9X. Di mana, Honor 9X Pro boleh dibeli pada harga RM699 sahaja, sementara Honor 9X pula ditawarkan pada harga RM799.

Bukan itu sahaja, peranti kelas permulaan mereka yang hadir dengan bateri besar 5000mah juga dilihat menerima potongan harga menarik – iaitu Honor 9A yang dijual pada RM349 sahaja berbanding harga asal RM549. Seterusnya, jika anda mencari peranti Honor dengan sokongan GMS. Mereka turut hadir dengan Honor 9X Lite yang boleh dibeli pada RM599. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai tawaran menarik daripada Honor, boleh rujuk senarai di bawah :

[ PLATFORM LAZADA ] :
  • Honor 7S (2GB + 16GB) – RM289 (RM299) [ LINK ]
  • Honor 9A (3GB + 64GB) – RM399 (RM549) [ LINK ]
  • Honor 9X Pro ( 6GB + 256GB) – RM699 (RM999) [ LINK ]
  • Honor 9X (6GB + 128GB) – RM799 (RM849) [ LINK ]
  • Honor 9X Lite (4GB + 128GB) – RM599 (RM699) [ LINK ]
[ PLATFORM SHOPEE ] :
  • Honor 7S (2GB + 16GB) – RM289 (RM299) [ LINK ]
  • Honor 9A ( 3GB +64GB) – RM399 (RM549) [ LINK ]
  • Honor 9X Lite (4GB + 128GB) – RM599 (RM699) [ LINK ]
  • Honor 9X (6GB + 128GB) – RM799 (RM849) [ LINK ]


5) Nokia

Meskipun kita boleh kata dari aspek publisiti, jenama Nokia kurang mendapat perhatian. Tetapi, mereka dilihat tidak pernah menyepi daripada terus memberi penawaran menarik buat peminat setia. Sama seperti acara tahunan kali, mereka dilihat menawarkan diskaun istimewa untuk sejumlah peranti pintar mereka. Antaranya seperti Nokia 106, Nokia 105 dan Nokia 2.4. Melaluinya, Nokia dilihat menawarkan penjimatan sehingga 10% untuk sejumlah produk terpilih. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai tawaran menarik daripada Nokia, boleh rujuk senarai di bawah :

[ PLATFORM LAZADA ] :
  • Nokia 105 (4MB + 4MB) – RM86 (RM99) [ LINK ]
  • Nokia 106 (4MB + 4MB) – RM86.10 (RM99) [ LINK ]
  • Nokia 2.4 (2GB + 32GB) – RM471 (RM499) [ LINK ]
[ PLATFORM SHOPEE ] :
  • Nokia 105 (4MB + 4MB) – RM89.10 (RM99) [ LINK ]
  • Nokia 106 (4MB + 4MB) – RM89.10 (RM99) [ LINK ]
  • Nokia 2.4 (2GB + 32GB) – RM474.05 (RM499) [ LINK ]


6) Oppo

Kemudian, beralih kepada Oppo. Jenama ini juga dilihat tidak ketinggalan untuk hadir dengan tawaran menarik mereka yang tersendiri bersempena acara tahunan ini. Melaluinya, anda kini boleh jimat sehingga RM1,500 untuk pembelian Oppo Reno 10X Zoom – yang mana dijual pada harga RM1,899 berbanding harga asalnya RM3,399 menerusi Lazada. Jika itu bukan pilihan anda, masih terdapat lagi sejumlah model lain yang turut menerima potongan harga runtuh. Antaranya seperti Oppo A31, Oppo A92, Oppo Reno4 dan banyak lagi. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai tawaran menarik daripada Oppo, boleh rujuk senarai di bawah :

[ PLATFORM LAZADA ] :
  • Oppo A12e (3GB + 64GB) – RM469 (RM499) [ LINK ]
  • Oppo A31 (4GB RAM + 64GB) – RM499 (RM599) [ LINK ]
  • Oppo A31 (6GB RAM + 128GB) – RM629 (RM899) [ LINK ]
  • Oppo A92 (8GB + 128GB) – RM899 (RM1,199) [ LINK ]
  • Oppo A93 (8GB + 128GB) – RM1,199 (RM1,299) [ LINK ]
  • Oppo Find X2 5G (12GB +256GB) – RM3,989 (RM3,999) [ LINK ]
  • Oppo Reno4 (8GB+128GB) – RM1,498 (RM1,699) [ LINK ]
  • Oppo Reno4 Pro (8GB+256GB) – RM2,098 (RM2,399) [ LINK ]
  • Reno 10X Zoom (12GB + 256GB) – RM1,899 (RM3,399) [ LINK ]
[ PLATFORM SHOPEE ] :
  • Oppo A12e (3GB + 64GB) – RM479 (RM499) [ LINK ]
  • Oppo A31 (6GB +128GB) – RM599 (RM899) [ LINK ]
  • Oppo A73 (6GB + 128GB) – RM799 (RM899) [ LINK ]
  • Oppo A92 RM899 (RM1,199) [ LINK ]
  • Oppo A93 (8GB + 128GB) – RM1,1999 (RM1,299) [ LINK ]
  • Oppo Reno3 (8GB + 128GB ) – RM999 (RM1699) [ LINK ]
  • Oppo Reno4 (8GB + 128GB) – RM1549 (RM1699) [ LINK ]
  • Oppo Reno4 Pro (8GB + 256GB) – RM2,099 (RM2,399) [ LINK ]
  • Oppo Reno 10x Zoom (8GB + 256GB) – RM1,999 (RM3,399) [ LINK ]

7) Realme

Jenama yang memfokuskan terhadap golongan muda ini juga dilihat tidak ketinggalan untuk sama-sama memeriahkan acara tahunan ini. Siapa lagi kalau bukan Realme. Mereka juga dikatakan telah menerajui carian paling popular di Google untuk tahun ini. Hasil semakan kami, Realme Narzo 20 Pro boleh dibeli pada harga RM899, sementara versi standard pula dijual pada harga RM549.

Melaluinya, anda dilihat boleh menikmati penjimatan sehingga RM300 untuk pembelian siri Realme Narzo20. Bukan itu sahaja, Realme X3 SuperZoom juga dilihat boleh dibeli pada hanya RM1,199, yang mana dilihat RM800 lebih murah berbanding harga asalnya iaitu RM1,999. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai tawaran menarik daripada Realme, boleh rujuk senarai di bawah :

[ PLATFORM LAZADA ] :
  • Realme C11 (2GB + 32GB) – RM399 (RM429) [ LINK ]
  • Realme C11 (3GB + 32GB) – RM449 (RM479) [ LINK ]
  • Realme 6 (4GB + 128GB ) – RM799 (RM999) [LINK ]
  • Realme 6i (4GB + 128GB ) – RM649 (RM899) [ LINK ]
  • Realme 7 (8GB + 128GB) – RM1,199 (RM1,299) [ LINK ]
  • Realme Narzo 20 (4GB + 64GB) – RM549 (RM699) [ LINK ]
  • Realme Narzo 20 Pro (8GB + 128GB) – RM899 (RM1,199) [ LINK ]
  • Realme X3 SuperZoom (8GB + 128GB) – RM1,199 (RM1,999) [ LINK ]
[ PLATFORM SHOPEE ] :
  • Realme 5i (4GB + 64GB) – RM559 (RM599) [ LINK ]
  • Realme 6 (8GB+128GB) – RM749 (RM1,199) [ LINK ]
  • Realme 6 Pro ( 8GB + 128GB) – RM999 (RM1,399) [ LINK ]
  • Realme 6i (4GB + 128GB) – RM799 (RM899) [ LINK ]
  • Realme 7 (8GB + 128GB) – RM1,199 (RM1,299) [ LINK ]

8) Samsung

Mungkin ada di antara anda yang terlepas untuk promosi Samsung Galaxy Note 10+ tempoh hari. Inilah masanya untuk anda kembali merebut peluang keemasan ini. Untuk kali ini, Samsung Galaxy Note 10+ boleh dibeli pada RM2,199. Berbanding harga asalnya RM4,199, di sini kita lihat anda boleh nikmati penjimatan sehingga RM2000. Pada masa sama, sejumlah model terkini mereka turut menerima potongan harga menarik. Samsung Galaxy Note 20 Ultra 5G misalnya. Ia dilihat dijual pada RM4,199 berbanding harga asalnya RM5,100. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai tawaran menarik daripada Samsung, boleh rujuk senarai di bawah :

[ PLATFORM LAZADA ] :
  • Samsung Galaxy A01 Core (1GB + 16GB) – RM199 (RM329) [ LINK ]
  • Samsung Galaxy A51 (8GB + 128GB) – RM999 (RM1,399) [ LINK ]
  • Samsung Galaxy M31 (6GB + 128GB) – RM799 ( RM1,099) [ LINK ]
  • Samsung Galaxy M51 (8GB + 128GB) – RM1,399 (RM1,599) [ LINK ]
  • Samsung Galaxy S20+ (8GB + 128GB) – RM2,799 (RM3,999) [ LINK ]
  • Samsung Galaxy Note10+ (12GB + 256GB) – RM2,199 (RM4,199) [ LINK ]
  • Samsung Galaxy Note10 Lite (8GB + 128GB) – RM1,599 (RM2,299) [LINK]
  • Samsung Galaxy Note20 5G (8GB + 256GB) – RM3,499 (RM4,299) [LINK]
  • Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G (12GB + 256GB) – RM4,199 (RM5,199) [LINK]
[ PLATFORM SHOPEE ] :
  • Samsung Galaxy S20 FE (LTE) (8GB + 128GB) – RM2,099 (RM2,699) [LINK]


9) Sony

Pada masa sama, Sony turut dilihat tidak ketinggalan hadir dengan tawaran menarik untuk produk mereka. Bersempena acara jualan tahunan kali ini, Sony Xperia 5 dijual pada harga RM2,499 sahaja. Sony dilihat menawarkan diskaun sehingga RM900 untuknya, sekaligus membolehkan anda berjimat dengan lebih banyak. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai tawaran menarik daripada Samsung, boleh rujuk senarai di bawah :

[ PLATFORM LAZADA ] :
  • Sony Xperia 5 – RM2,499 (RM3,399) [LINK]


10) Vivo

Untuk lebih pilihan lain, anda juga mungkin boleh cuba semak tawaran menarik daripada Vivo. Jika sebelum ini, anda rasa berkira-kira untuk membeli Vivo V17 Pro disebabkan harga yang ditawarkan adalah atas RM1000. Inilah peluang keemasan untuk ada rebut. Bersempena acara jualan ini, ia dilihat ditawarkan pada harga bawah RM1,000, di mana anda boleh membelinya pada RM899 sahaja. Pada masa sama, sejumlah model lain seperti Vivo S1 Pro, Vivo V19, Vivo Y50 dan banyak lagi turut ditawarkan pada harga yang lebih berpatutan. Jadi, untuk ketahui lebih lanjut mengenai tawaran menarik daripada Samsung, boleh rujuk senarai di bawah :

[ PLATFORM LAZADA ] :
  • Vivo NEX 3 (8GB +256GB) – RM2,339 (RM3,499) [ LINK ]
  • Vivo S1 (6GB + 128GB) – RM639 (RM799)[ LINK ]
  • Vivo S1 Pro (8GB + 128GB ) – RM749 (RM1,199) [ LINK ]
  • Vivo V17 (8GB + 128GB) – RM899 (RM1,299)[ LINK ]
  • Vivo V19 (8GB + 128GB) – RM1,039 (RM1,499) [ LINK ]
  • vivo Y1s (2GB + 32GB) – RM308 (RM459)[ LINK ]
  • Vivo Y11 (3GB +32GB) – RM440 (RM499) [ LINK ]
  • Vivo Y30 (4GB+128GB) – RM589 (RM799) [ LINK ]
  • Vivo Y50 ( 8GB + 128GB) – RM839 (RM999) [ LINK ]
[ PLATFORM SHOPEE ] :
  • Vivo S1 (6GB +128GB) – RM799 (RM1,099) [ LINK ]
  • vivo S1 Pro (8GB + 128GB) – RM859 (RM1,099) [ LINK ]
  • vivo Y1S (2GB +32GB) – RM359 (RM459) [ LINK ]
  • vivo V19 (8GB + 128GB) – RM999 (RM1,699) [ LINK ]
  • vivo Y50 (8GB + 128GB) – RM799 (RM1,099) [ LINK ]
  • vivo Y91c 2020 (2GB + 32GB) – RM335 (RM499) [ LINK ]

11) Xiaomi

Akhir sekali, kita juga ada promosi menarik daripada Xiaomi. Untuk jualan kali ini, anda boleh mendapatkan peranti pintar daripada Xiaomi pada harga serendah RM319! Bukan itu sahaja, mereka juga dilihat menawarkan diskaun sehingga 13% untuk model Poco X3 NFC. Jadi melaluinya, anda boleh membeli Poco X3 pada harga lebih murah. Di mana, variasi 128GB dijual pada harga RM949 sahaja. Sementara, variasi 64GB pula berharga RM799 untuk seunit. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai tawaran menarik daripada Xiaomi. boleh rujuk senarai di bawah :

[ PLATFORM LAZADA ] :
  • Poco M3 (4GB +64GB) – RM499 (RM599) [ LINK ]
  • Poco M3 (4GB +128GB) – RM599 (RM699) [ LINK ]
  • Poco X3 NFC (6GB +128GB) – RM949 (RM1,099) [ LINK ]
  • Redmi Note 8 (4GB + 64GB) – RM399 (RM599) [ LINK ]
  • Redmi 9A (2GB + 32GB) – RM319 (RM359) [ LINK ]

[ PLATFORM SHOPEE ] :
  • Poco X3 (6GB + 64GB) – RM799 (RM899) [ LINK ]
  • Poco X3 (6GB + 128GB) – RM949 (RM1,099) [ LINK ]
  • Redmi Note 8 Pro ( 6GB + 128GB ) – RM799 (RM1,199) [ LINK ]

Jadi bagaimana? Adakah anda rambang mata dengan tawaran untuk kali ini? Pelbagai penjimatan hebat boleh dinikmati untuk kali ini. Sediakan wang anda! Seperti biasa, jangan lupa untuk semak pautan yang tersedia dan selamat membeli belah!

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami