Google Mula Membenarkan Pengguna Menghalang Paparan Iklan Alkohol Dan Tembakau
Effi Saharudin
Kerana kawalan yang lebih ketat, pengiklanan produk alkohol dan tembakau tidak lagi dibenarkan di kaca TV dan panggung wayang di Malaysia. Tetapi di Internet ia masih lagi berleluasa sehingga menjadi kurang menyenangkan. Google akhirnya membenarkan pengguna untuk menghalang paparan iklan alkohol dan tembakau.

Selama ini Google hanya membenarkan pengiklanan di dalam kategori ini dibisukan secara individu sekiranya ia terpapar di laman. Kini ia boleh dihalang secara menyeluruh menerusi tetapan iklan pada akaun Google peribadi.
Pada peringkat awal kawalan diberikan kepada pengguna di Amerika Syarikat dan pengiklanan di YouTube sebelum dikembangkan kepada pengguna global sepanjang 2021.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.