Cari @ Amanz

Sony telah pun melancarkan PlayStation 5 untuk pasaran Malaysia hari ini. Walaupun tidak ditawarkan di kedai, tetapi mereka yang telah pra-tempah sedia menerima unit konsol masing-masing hari ini.

Menariknya, kini GSC turut hadir dengan promosi untuk memainkan permainan menggunakan skrin wayang mereka. Bersempena dengan 12.12 ini, GSC menawarkan promosi 12%, membolehkan anda sewakan skrin wayang mereka pada harga RM220 untuk tempoh 3 jam.

Selain penyewaan skrin wayang, anda juga akan diberikan dengan mmakanan dan baucar RM200 yang boleh digunakan sehingga 30 Jun 2021 kelak. Untuk makluman, anda perlu membawa konsol anda sendiri, samaada PlayStation atau Switch.

Bagi anda yang ingin menikmati permainan pada skrin besar, dan mengajak rakan-rakan menontonnya, mungkin boleh sewa skrin wayang GSC hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd