Instagram : TikTok Adalah Pesaing Yang Paling Menggerunkan Pernah Ditemui

Diterbitkan pada Dis 11, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

TikTok sedia mencuri perhatian ramai anak muda, membuatkan sejumlah perkhidmatan lain mula meniru beberapa ciri sama seperti yang terdapat pada TikTok. Perkara ini, sekaligus turut memberikan tekanan kepada pihak Instagram.

Terbaru, dalam temuramah bersama CNBC, ketua Instagram, Adam Mosseri mengatakan TIkTok merupakan salah satu pesaing yang paling menggerunkan pernah mereka temui.

TikTok Amanz

TikTok dikatakan sebagai memfokuskan dan melaksanakan pelbagai perkara dengan baik. Pada awalnya, TikTok dikatakan mengklon ciri-ciri dari Musical.ly, dan kemudiannya membesar sehingga mampu membeli syarikat berkenaan sendiri – dan terus mempopularkan format video ringkas mereka.

Kini, Instagram mula mengejar TikTok dibelakang, dan mengikut melalui pelaksanaan ciri-ciri seperti Reels yang menyerupai TikTok.

Komen ini hadir dengan pihak berkuasa di Amerika Syarikat yang mengatakan Facebook memonopoli arena rangkaian media sosial, dan komen ketua bahagian Instagram ini memperlihatkan arena sosial tidak dimonopoli, dan terdapat pesaing seperti TikTok.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami