Twitter Kini Membenarkan Pengguna Berkongsi Ciapan Secara Terus Ke Snapchat

Twitter Kini Membenarkan Pengguna Berkongsi Ciapan Secara Terus Ke Snapchat

Diterbitkan pada Dis 11, 2020 oleh .

Twitter kini hadir dengan ciri baharu yang membolehkan pengguna berkongsi ciapan secara terus ke aplikasi Snapchat. Difahamkan, ia merupakan salah satu usaha untuk mendapat lebih ramai pengguna. Selain, terus mengorak langkah untuk kekal relevan selaras dengan arus perubahan semasa.

Bagi mengakses ciri ini, anda hanya perlu membuka aplikasi Twitter, pilih ciapan dan ketik butang kongsi yang terdapatnya ikon Snapchat. Kemudian, ciapan tersebut akan muncul sebagai pelekat yang boleh disiarkan sebagai media. Buat masa ini, ia hanya tersedia untuk pengguna iOS terlebih dahulu. Tetapi, turut akan diperluaskan untuk pengguna Android tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Twitter juga dikatakan sedang menguji ciri yang sama untuk perkongsian ke Instagram Stories namun masih belum diketahui bilakah ia akan mula ditawarkan. Dengan adanya ciri sebegini, boleh dikatakan perkongsian ciapan daripada Twitter ke sebilangan aplikasi lain kelak akan menjadi lebih mudah.



Paling Popular