Cari @ Amanz

Facebook kini baru sahaja melalui pembicaraan di Amerika Syarikat, dan telah diperkatakan mereka mungkin perlu mengasingkan Instagram dan WhatsApp, serta tidak memonopoli arena media sosial.

Lanjutan daripadanya, turut hadir dokumen perbincangan di mahkamah yang memperlihatkan beberapa peristiwa. Antara yang menariknya adalah termasuk petikan mengatakan Facebook pernah cuba membeli sejumlah syarikat yang dianggap pesaing sebelum ini, termasuk antaranya adalah Twitter dan juga Snapchat.

Twitter diperkatakan telah menolak tawaran pengambil-alihan dari Facebook pada November 2008 yang lepas.

Selain Twitter dan Snapchat, beberapa syarikat lain turut  diperkatakan pernah cuba diambil-alih oleh Facebook. Nama syarikat berkenaan telah dipadam daripada dokumen rasmi, namun mengikut spekulasi, ia mungkin syarikat seperti Spotify, Nextdoor, Reddit, VSCO, atau LinkedIn.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd