Cari @ Amanz

Apple sedia mengubah kebergantungan mereka kepada pihak luar sedikit demi sedikit. Sebelum ini, Apple sedia menggunakan cip pemprosesan sendiri untuk iPhone, selain turut telah melakukan perkara sama untuk penawaran komputer mereka.

Kini, mengikut laporan Bloomberg, Apple turut diperkatakan sedang membangunkan cip modem mereka tersendiri, sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada pihak Qualcomm.

Apple buat masa ini masih menggunakan cip modem Qualcomm pada peranti mudah-alih mereka, dan peralihan ini akan memberikan lebih kawalan kepada pembangunan mereka.

Apple sebelum ini telah mengambil langkah dalam pembangunan perkakasan dan perisian lebih menyeluruh, sekaligus membolehkan mereka lebih mengawal pengenalan ciri-ciri baru untuk peranti mereka. Sebelum ini, ia telah diperkatakan beberapa ciri-ciri terpaksa ditangguhkan kerana sokongan cip masih tidak tersedia, dan beberapa alasan lain.

Mungkin dalam beberapa tahun lagi, kita akan melihat Apple mengawal secara keseluruhan pembangunan produk mereka, tanpa perlu bergantung kepada pihak luar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd