Tiada Stok PlayStation 5, Sony Tawar PlayStation 4 Pada Harga RM999 Melalui Incredible Deals

Diterbitkan pada Dis 11, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

PlayStation Asia kini telah hadir dengan promosi baru dinamakan Incredible Deals, dan bakal berlangsung antara 14 Disember 2020 sehingga 3 Januari 2021 kelak. Melaluinya, Sony menawarkan diskaun untuk sejumlah produk mereka, bersempena dengan penghujung tahun 2020.

Melalui promosi ini, kini pengguna boleh mendapatkan Sony PlayStation 4 Mega Pack pada harga RM999. Melalui Mega Pack, selain konsol PlayStation 4, pengguna turut akan menerima permainan God of War, Horizon Zero Dawn, dan juga The Last of Us.

Selain itu, pengguna turut boleh mendapatkan PlayStation 4 Pro pada harga RM1349, yang turut hadir dengan penawaran permainan God of War dan juga The Last of Us.

Disamping konsol, anda juga boleh menyemak halaman khas Sony untuk melihat promosi untuk DualShock 4 dan juga sejumlah permainan yang ditawarkan melaluinya. Tandakan kalendar anda 14 Disember ini sekiranya ingin mendapatkan promosi ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami