Sony Malaysia pada awalnya menyasarkan penawaran telefon pintar mercu terbaru mereka, Xperia 5 II pada bulan Januari 2021 akan datang. Apa pun, kini melalui kemaskini baru, Sony mengatakan pengguna akan boleh menerima telefon pintar Xperia 5 II ini lebih awal, iaitu bermula 21 Disember 2020 ini.

Xperia 5 II hadir dengan skrin 6.1-inci OLED FHD+ pada nisbah 21:9, menawarkan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Snapdragon 865, memori 8GB RAM, dan storan 256GB. Melengkapkan ia juga adalah bateri 4000mAh. Untuk rakaman gambar, telefon ini hadir dengan gabungan 12MP + 12MP + 12MP, selain kamera swafoto 8-megapixel.

Bagi anda yang berminat, masih boleh melakukan pra-tempahan untuk telefon pintar ini melalui laman rasmi Sony, pada harga RM4099.