Apple MagSafe Duo Tidak Boleh Digunakan Bersama Pengecas 29W Dari Apple

Diterbitkan pada Dis 11, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

MagSafe Duo merupakan aksesori yang ditawarkan oleh Apple dalam memudahkan pengguna untuk mengecas dua peranti – iPhone dan Apple Watch serentak pada waktu sama, secara nirwayar. MagSafe Duo tidak hadir bersama kepala pengecas, dan ia perlu dibeli secara berasingan.

Apa pun, kini melalui dokumen sokongan untuk MagSafe Duo, pihak Apple mengesahkan yang mana pengecas nirwayar ini tidak boleh digunakan bersama pengecas 29W yang lama.

Sebagai alternatif, anda perlu menggunakan pengecas 30W atau 20W untuk menggunakan MagSafe Duo ini.

Ia diperkatakan, pengecas 29W tidak boleh digunakan kerana ia adalah versi lama, dan tidak menyokong USB Power Delivery 3.0 yang disertakan melalui pengecas 30W yang terbaru.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami