Cari @ Amanz

Caviar sering hadir dengan sejumlah peranti edisi khas yang ditambah dengan emas dan rekaan khas untuk menjadikannya lebih eksklusif. Terbaru, Caviar turut telah menerbitkan halaman khas, memperlihatkan sejumlah rekaan edisi khas untuk iPhone 12 Pro dan juga iPhone 12 Pro Max.

Antara yang ditawarkan termasuklah edisi Mekah yang memperlihatkan rekaan Kaaba dibelakang, dan disalut emas. Selain itu, Caviar juga turut menawarkan edisi Madinah yang memaparkan imej masjid Masjid an-Nabawi dan disalut emas.

Edisi Mekah, atau yang dipanggil Caviar iPhone 12 Pro Credo Mecca Gold ini ditawarkan pada harga bermula $7890 (~RM32k), dan mencapai harga $9120 (~RM36k) untuk versi iPhone 12 Pro Max 512GB.

Edisi Madinah atau apa yang dipanggil sebagai Caviar iPhone 12 Pro Credo Medina Nephrite pula ditawarkan pada harga bermula $6830 (~RM27.6k) untuk versi 128GB, dan mencapai $8060 (~RM32.6k) untuk versi iPhone 12 Pro Max.

Selain kedua-duanya, Caviar turut menawarkan iPhone 12 Pro Solid Gold pada harga mencapai $147,090, iaitu sekitar RM595,935.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd