Cari @ Amanz

Sejak sebulan kebelakangan ini, kita telah melihat peningkatan pepijat baru yang ditemui pada pengguna iPhone yang menggunakan iOS14. Terbaru, ia dilaporkan yang mana notifikasi kemasukkan mesej baru – SMS dan iMessage tidak diperlihatkan kepada pengguna iOS14.

Melalui masalah yang dikenal pasti, pengguna menerima mesej SMS atau iMessages seperti biasa, tetapi notifikasi tidak diperlihatkan. ini membuatkan anda perlu menyemak secara manual untuk melihat sama ada anda menerima mesej atau tidak.

Apa yang lebih pelik adalah notifikasi diperlihatkan secara rawak. Terdapat mesej yang memaparkan notifikasi, dan ada yang sebaliknya.

Ramai pengguna iPhone yang menjalankan iOS14 telah mula menyatakan berkenaan masalah ini di forum rasmi Apple.

Buat masa ini, Apple masih belum mengeluarkan kemaskini perisian dalam mengatasi masalah ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd