Epic Games Store merupakan salah satu kedai permainan video yang popular, selain Steam, GOG dan beberapa yang lain. Hampir setiap minggu mereka turut menawarkan permainan percuma kepada para pengguna dalam memastikan kekal menyemak kedai permainan mereka dari hari ke hari.
Menariknya, kini untuk penghujung tahun, Epic Games Store turut telah mengumumkan jualan sempena cuti penghujung tahun – dan menariknya akan menawarkan permainan percuma selama 15 hari.
Bermula 17 Disember 2020 ini, Epic Games Store akan menawarkan satu permainan video percuma setiap hari, selama 15 hari. Ini bermakna, anda boleh menebus permainan percuma dan menyimpannya untuk sepanjang hayat dari Epic Games Store.
Disamping permainan percuma, Epic Games Store juga dijangka akan menawarkan diskaun dan pelbagai promosi lain.
Jangan lupa menyemak Epic Games Store, atau Aksiz untuk pelbagai berita berkaitan permainan video.