Cari @ Amanz

Telekom Malaysia kini telah memaklumkan yang mana mereka telah mengenal pasti insiden kabel fiber bawah tanah yang terputus disebabkan oleh aktiviti pembinaan di Kepong oleh pihak ketiga.

Disebabkan oleh itu, perkhidmatan gangguan didapati mengalami gangguan – melibatkan sebahagian pelanggan Unifi di kawasan Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur.

Telekom Malaysia mengatakan mereka telah membaiki talian Unifi untuk sebahagian pelanggan yang terjejas, dan sedang dalam proses membaik-pulih secepat yang mungkin.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd