Denda RM300 Jika Guna Skuter Elektrik Di Atas Jalan Raya KL Bermula 1 Januari 2021

Diterbitkan pada Dis 12, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bermula 1 Januari 2021, penggunaan skuter elektrik di jalan raya, atau di kawasan selain yang digazetkan di Kuala Lumpur adalah dilarang. Mereka yang menggunakannya di jalan raya Kuala Lumpur boleh dikenakan tindakan dibawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Bermula tarikh berkenaan, skuter elektrik hanya boleh digunakan di lokasi yang digazetkan, sebagai contoh di taman-taman permainan, kawasan pejalan kaki, atau sekitar pusat beli-belah di Kuala Lumpur.

Setelah dikuat-kuasakan 1 Januari 2020 ini, pengguna yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman dibawah Seksyen 54 APJ 1987, dimana kesalahan pertama didenda RM300, kesalahan kedua sebanyak RM1,000 atau penjara tiga bulan.

Neuron Eskuter

Skuter elektrik ini dikategorikan dibawah kenderaan mikromobiliti – dimana ia dipacu sumber elektrik, enjin pembakaran dalam atau kuasa manusia, atau gabungannya; dan mempunyai kelajuan maksimum 50km sejam.

Penggunaan di jalan raya tidak dibenarkan kerana ia menganggu pengguna jalan raya yang lain, serta boleh mendatangkan baya kepada pengguna, termasuk terdapat kemungkinan terlibat dengan kemalangan.

Pada hari ini, di Kuala Lumpur, antara lokasi dengan penggunaan aktif skuter elektrik adalah termasuk Dataran Merdeka, Bukit Bintang dan KLCC. Buat masa ini, tiada tindakan diambil, dan perubahan baru ini berkuat-kuasa 1 Januari 2021 kelak.

Apa pun, sekiranya ingin menggunakan di jalan raya, penunggang skuter elektrik perlu memohon lesen kebenaran khas daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami