Carian
Nubia Sedang Membangunkan Telefon Dengan Kerangka Belakang Elektrokromik
December 13, 2020 Aman

Nubia, salah satu pengeluar telefon yang sedia hadir dengan beberapa telefon memfokuskan permua, kini turut memperlihatkan teknologi baru menggunakan elemen elektrokromik pada bahagian kerangka belakang telefon.

Dengan integrasi elektrokromik, ia membolehkan pengguna menggelapkan kerangka belakang telefon, atau turut menjadikannya lutsinar untuk memperlihatkan komponen dalaman. Perkara ini dijayakan dengan menggunakan voltan khusus, sekaligus menghalang cahaya yang memasukinya. Ia sering digunakan pada bangunan, dalam memastikan bangunan kekal sejuk pada perubahan cahaya.

Pada telefon pintar pula, penggunannya sekaligus membolehkan pengguna menikmati kebolehan mengubah warna kerangka belakang untuk sesuatu telefon – sesuatu yang masih tidak ditawarkan meluas pada telefon hari ini. Tetapi, mungkin akan sedikit menggunakan tenaga lebihan.

Sebelum ini, pihak OnePlus pernah mempertontonkan ciri yang lebih kurang sama pada telefon konsep mereka.

Nubia dilihat mengacah penggunaan teknologi ini pada telefon akan datang. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ia akan diperkenalkan. Mungkinkah kita akan melihat integrasi teknologi elektrokromik pada telefon pintar secara meluas pada 2021 kelak?

Komen