Cari @ Amanz

Cisco sedia mempunyai perkhidmatan panggilan video mereka tersendiri yang digunakan meluas dalam mesyuarat atas-talian, ataupun pembelajaran atas-talian, iaitu WebEx. Hari ini, mereka turut mengumumkan pengambil-alihan Slido, dan akan menyertai pasukan WebEx.

Bagi yang tidak mengenali akan Slido, ia merupakan salah satu perkhidmatan yang memudahkan pengendali mesyuarat untuk melakukan bancian, atau membolehkan peserta bertanyakan soalan kepada penganjur.

Pelbagai acara yang diadakan secara fizikal mahupun secara atas-talian menggunakan Slido dalam berinteraksi bersama para hadirin.

Harga pengambil-alihan Slido oleh Cisco ini tidak diumumkan buat-masa ini. Dengan peralihan ke arah norma baharu, semestinya Slido akan melengkapkan lagi penawaran WebEx dari Cisco.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd