Carian
Huawei Turut Membuat Bancian Keperluan Kabel USB-C Dalam Kotak Pembelian Fon Kepala
December 13, 2020 Aman

Huawei sedia mempunyai penawaran produk audio mereka tersendiri, termasuk fon kepala yang dinamakan sebagai Huawei FreeBuds Studio. Pada hari ini, fon kepala berkenaan turut hadir dengan kabel USB-C di daiam kotak pembelian yang digunakan untuk pengecasannya.

Apa pun, bergerak kehadapan, pengeluar dari China berkenaan mungkin membuangnya.

Melalui bancian yang dilakukan Huawei dikalangan pengguna jenama berkenaan, kini Huawei bertanyakan berkenaan dengan keperluan kabel USB-C dalam kotak pembelian fon kepala.

Seperti ramai sedia maklum, kabel USB-C sedia hadir bersama pembelian peranti seperti telefon dan komputer riba, sekaligus mungkin kurang diperlukan bersama aksesori.

Bancian berkenaan turut memperlihatkan Huawei bertanyakan berkenaan dengan adakah ketiadaan kabel USB-C dalam kotak pembelian bakal memberikan impak terhadap pilihan mereka.

Selain Huawei, sebelum ini Apple turut telah membuat bancian – bertanyakan berkenaan keperluan kabel USB dalam kotak pembelian iPhone.

Komen