Saban tahun, kita sering melihat pengeluar kenderaan mempertontonkan sejumlah kenderaan dengan rekaan konsep – sekaligus memperlihatkan apakah yang mungkin ditawarkan pada masa akan datang. Porsche juga tidak ketinggalan, dan pernah mempertontonkan beberapa rekaan konsep dibawah mereka.

Menariknya, kini Porsche turut menerbitkan sejumlah gambar, memperlihatkan tiga rekaan konsep yang pernah dibangunkan mereka antara tahun 2005 sehingga 2019 lepas.
Tiga rekaan yang dipertontonkan adalah sebuah van elektrik Porsche, Porsche 919 Street, dan juga Porsche Vision Spyder.







Ini adalah sebahagian daripada rekaan konsep yang dibangunkan oleh Porsche antara 2005 sehingga 2019 yang lepas. Porsche akan menerbitkan buku Porsche Unseen yang bakal menyertakan sejumlah rekaan lain, dan proses disebaliknya pada tahun 2021 kelak.