Oppo kini dilihat hadir dengan penawaran warna baru untuk model Oppo A93 buat pengguna di Malaysia. Selepas hadir dengan warna Matte Black dan Metallic White, kini Oppo A93 ditawarkan dalam warna Magic Blue pula.

Ia dilihat menampilkan model ini dalam warna bitu yang bergaya diserlahkan lagi melalui kemasan yang elegan. Bagi yang berminat, ia ditawarkan pada harga RM1,199 seunit dan anda boleh mendapatkannya menerusi sejumlah platform berbeza termasuk kedai atas talian Oppo.
Untuk makluman, spesifikasi dalaman masih lagi sama dengan sebelum ini. Ia hadir dengan skrin 6.43-inci Super AMOLED FHD+, cip pemproses MediaTek Helio P95, memori 8GB RAM, storan 128GB dan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan pantas 18W.
Konfigurasi kamera utama terdiri dengan 48-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (ultra-lebar) + 2-Megapixel (mono) + 2-Megapixel (mono). Kamera hadapannya pula dilengkapi dua lensa iaitu 16-Megapixel (utama) + 2 -Megapixel (kedalaman) yang ditempatkan pada skrin hadapan jenis berlubang.