Lapar – Satu Lagi Perkhidmatan Penghantaran Makanan, Fokuskan Makanan Mesra Muslim

Lapar – Satu Lagi Perkhidmatan Penghantaran Makanan, Fokuskan Makanan Mesra Muslim

Diterbitkan pada Dis 14, 2020 oleh .

Pada hari ini terdapat beberapa perkhidmatan seru-makanan yang disediakan, dan antara yang popular adalah  Foodpanda dan juga GrabFood. Di Kelantan pula, terdapat perkhidmatan dinamakan OdaMakan. Terdapat juga beberapa perkhidmatan lain, dan kini turut menyertai pasaran berkenaan adalah Lapar.

Lapar Delivery

Lapar beroperasi di Shah Alam buat masa ini, selain beberapa restoran di Johor Bahru. Lapar mengatakan mereka memfokuskan kepada makanan mesra muslim, dan produk yang disenaraikan 100% halal.

Pihak Lapar juga kini menyediakan promosi terhad, menawarkan baucar RM50 apabila memuat-turunnya.

Bagi anda yang menetap di Shah Alam, mungkin boleh memuat-turun Lapar dan mencubanya hari ini.

Layari : Lapar



Paling Popular