Tesla Dilaporkan Ingin Melabur Di Indonesia Untuk Menjadikannya Hab Bateri Kereta Terbesar Dunia

Diterbitkan pada Dis 14, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kenderaan elektrik adalah masa hadapn dunia automotif dengan beberapa negara Eropah telah memulaklan perancangan mengharamkan kenderaan bahan api konvesional sebelum berakhirnya dekad 2020an. Tesla ialah nama terbesar dalam penghasilan kenderaan elektrik dan mereka kini mungkin akan melakukan pelaburan di Indonesia untuk menjadikannya hab bateri Li-ion terbesar dunia.

Menurut laporan Reuters, delegasi perwakilan Tesla akan melakukan lawatan ke Indonesia pada Januari hadapan untuk melihat potensi melakukan pelaburan ke dalam industri penghasilan bateri Li-Ion. Indonesia mempunyai rizab nikel terbesar dunia dan ia adalah amat penting untuk menghasilkan bateri untuk kenderaan elektrik. Pelaburan ke dalam industri perlombongan nikel Indonesia akan dapat mengurangkan kos penghasilan bateri mereka.

Presiden Jokowi telah dipetik ingin menjadikan Indonesia sebagai negara pengeluar bateri Li-ion terbesar dunia. Di rantau Asia Tenggara, Indonesia kini berada di hadapan dalam usaha membangunkan industri kenderaan elektrik. Singapura sebelum ini menjadi hub kepada pembangunan kereta elektrik Dyson sebelum projek telah dibatalkan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami