Asus ROG Phone 3 Kini Ditawarkan Dengan Diskaun Sehingga RM400 – Dijana Snapdragon 865 Plus, 12GB RAM

Asus ROG Phone 3 Kini Ditawarkan Dengan Diskaun Sehingga RM400 – Dijana Snapdragon 865 Plus, 12GB RAM

Diterbitkan pada Dis 14, 2020 oleh .

Asus ROG Phone 3 merupakan telefon pintar yang memfokuskan kepada permua, dan agak popular dikalangan para peminat permua. Kini, untuk tempoh terhad, pihak Asus Malaysia hadir dengan promosi khas, menawarkan diskaun sehingga RM400 untuk pembelian Asus ROG Phone 3 ini.

Melalui promosi sehingga 4 Januari 2021 ini, pengguna boleh mendapatkan Asus ROG Phone 3 (12GB RAM) pada harga RM3399 berbanding harga jualan biasa RM3799. Sementara Asus ROG Phone 3 Strix Edition (8GB RAM) pula kini boleh didapati pada harga RM2699 (berbanding harga jualan biasa RM2999).

Asus ROG Phone 3

Asus ROG Phone 3 hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 865+, memori sehingga 16GB RAM, dan storan 512GB. Ia turut menawarkan skrin pada kadar segar semula 144Hz, serta bateri berkapasiti 6000mAh.  Untuk rakaman gambar, ia menyertakan kamera belakang gabungan 64MP + 13MP (ultra-lebar) + 5MP (makro), selain rakaman swafoto 24-megapixel.

Sementara Asus ROG Phone 3 Strix pula hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 865, memori 8GB RAM dan storan 256GB.

ROG Phone 3 Strix Edition

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak promosi ini, dan dapatkan ROG Phone 3 ini pada harga diskaun sehingga RM400.

Beli : Asus ROG Phone 3 pada harga RM3399

Beli : Asus ROG Phone 3 Strix pada harga RM2699



Paling Popular