Aplikasi Samsung GameDriver Dilancarkan Untuk Mengemaskini GPU

Aplikasi Samsung GameDriver Dilancarkan Untuk Mengemaskini GPU

Diterbitkan pada Dis 14, 2020 oleh .

Seperti PC, permua juga kini memerlukan perisian pemandu yang terkini untuk memberikan pengalaman terbaik pada telefon pintar. Samsung telah melancarkan aplikasi GameDriver untuk mengemaskini perisian pemandu pada Galaxy S20 dan Note20.

Terdapat dua aplikasi perlu dimuat turun bergantung kepada cip yang digunakan. Versi Adreno untuk peranti Snapdragon 865 dan versi Mali untuk peranti Exynos 990. Walaupun aplikasi telah dilancarkan beberapa hari lalu kami tidak menyarankan ia dimuat turun pada waktu ini kerana terdapat pelbagai rungutan pengguna yang mengatakan prestasi merosot pasca kemas kini.

GameDriver ialah ciri yang sama seperti yang ditawarkan oleh Qualcomm untuk mengemaskini perisian GPU pemproses. keluaran mereka. Jika anda ingin juga mencuba, aplikasi boleh dimuat turun menerusi pautan di bawah.

Muat turun aplikasi GameDriver – Edisi Mali/Exynos 990

Muat turun aplikasi GameDriver – Edisi Adreno/Snapdragon 865


Paling Popular