Pra-tempahan Tempatan Dibuka Untuk Paparan Pintar Samsung Smart Monitor – Harga Bermula RM899

Pra-tempahan Tempatan Dibuka Untuk Paparan Pintar Samsung Smart Monitor – Harga Bermula RM899

Diterbitkan pada Dis 14, 2020 oleh .

Pada bulan lalu, Samsung telah memperkenalkan sebuah siri paparan skrin komputer yang dilengkapi dengan sistem operasi Tizen mereka, yang membolehkan pengguna untuk mengakses sejumlah aplikasi terbina tanpa perlu menggunakan komputer.

Paparan skrin ini, yang dinamakan Samsung Smart Monitor kini telah dibuka untuk pra-tempah untuk pasaran tempatan sehingga 19 Disember kelak.

Tiga model dilancarkan dengan M5 hadir dengan dua saiz iaitu 27″ dan 32″ dengan resolusi FHD. Sementara model M7 pula sebesar 32″ dengan resolusi 4K. Smart Monitor menyokong sambungan VESA, paparan HDR10, sokongan Bixby, Google Assistant dan AirPlay2. Terdapat juga sokongan WiFi 5 dan Bluetooth 4.2.

Selain daripada itu, paparan skrin ini juga hadir dengan sejumlah aplikasi terbina, termasuklah Netflix, HBO, YouTube dan juga perisian produktiviti Microsoft Office 365 yang boleh digunakan tanpa perlu menyambungkan paparan ini kepada sebarang peranti.

Tiga model paparan Samsung Smart Monitor ini hadir dengan tanda harga berikut: RM1099 untuk model 27 inci, RM1299 untuk model 32 inci dengan resolusi Full HD dan RM1999 untuk model 32 inci dengan resolusi 4K.

Walaupun begitu, jika anda pra-tempah paparan-paparan ini melalui kedai atas talian Samsung Malaysia, Lazada ataupun Shopee, anda akan menerima diskaun yang agak banyak. Harga pra-tempah paparan-paparan ini adalah seperti berikut:

  • Samsung Smart Monitor M5 27″ – RM899
  • Samsung Smart Monitor M5 27″ – RM1099
  • Samsung Smart Monitor M7 27″ – RM1599

Paling Popular