Garmin Melancarkan Penjejak Aktiviti vivofit jr. 3 Untuk Kanak-Kanak – Berharga RM390

Diterbitkan pada Dis 14, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jam tangan pintar ataupun penjejak aktiviti pintar biasanya hadir untuk orang dewasa yang ingin menjejak aktiviti mereka apabila mereka bersukan, beriadah, tidur dan sebagainya. Ia juga berfungsi sebagai satu cara untuk mengingatkan pengguna untuk bergerak sekali-sekala untuk memastikan mereka tidak meluangkan terlalu banyak masa di hadapan skrin.

Untuk ibu-bapa yang ingin mendapatkan anak mereka sebuah jam tangan ataupun penjejak aktiviti pintar, Garmin Malaysia hari ini telah mengumumkan bahawa mereka telah membawa masuk Garmin vivofit jr. 3 ke pasaran tempatan, iaitu sebuah model penjejak pintar yang cukup sesuai sekali untuk anak-anak.

Rekaan Garmin vivofit jr. 3 ini dibangunkan dengan kerjasama Disney, dimana ia terdiri daripada dua siri model, iaitu Marvel Heroes vivofit jr. 3 dan juga Disney Princess vivofit jr. 3 yang mengambil ilham daripada watak-watak Disney dan Marvel seperti Black Panther, Iron Man dan Little Mermaid.

Kerjasama bersama Disney ini tidak terhad kepada rekaan peranti sahaja, tetapi juga pada aplikasi Infinity Saga: A Marvel Studios Adventure dan juga Magical Kingdoms: A Disney Princess Adventure yang boleh dimuat-turun dan digunakan bersama-sama dengan peranti vivofit jr.3 ini.

Dengan penjejak aktiviti vivofit jr.3 ini, ibu-bapa boleh menjejak pelbagai aktiviti anak-anak mereka seperti jumlah jam tidur, jarak berjalan dan juga jumlah masa aktiviti mereka setiap hari.

Ibu-bapa juga boleh menggunakan jam ini sebagai satu cara untuk memberi semangat dan juga ganjaran kepada anak-anak untuk melakukan kerja rumah harian, misalnya.

Lebih menarik lagi, Garmin mengatakan bahawa penjejak aktiviti vivofit jr.3 ini mempunyai jangkahayat bateri selama setahun tanpa perlu dicas, walaupun ia mempunyai paparan skrin digital yang agak besar.

Untuk memastikan bahawa aktiviti anak-anak anda tidak mudah tertiris, ia akan disimpan dibawah akaun Garmin anda, dimana anda perlulah memuat turun aplikasi Garmin jr untuk merekod butiran aktiviti-aktiviti ini.

Menurut Garmin Malaysia, penjejak aktiviti Garmin vivofit jr.3 ini boleh dibeli pada harga RM390 melalui kedai atas-talian AECO, Lazada dan juga Shopee.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami