Lenovo Yoga 9i Untuk Pasaran Tempatan Kini Tiba Dengan Dua Pilihan Model – Harga Bermula RM6499

Lenovo Yoga 9i Untuk Pasaran Tempatan Kini Tiba Dengan Dua Pilihan Model – Harga Bermula RM6499

Diterbitkan pada Dis 14, 2020 oleh .

Sebelum ini kami ada melaporkan bahawa Lenovo Malaysia bakal membawa masuk siri komputer riba 2-dalam-1 mereka, iaitu Lenovo Yoga 9i ke pasaran tempatan.

Lenovo Malaysia baru-baru ini telah mengemaskini pengumuman tersebut, dengan mengatakan bahawa Lenovo Yoga 9i untuk pasaran tempatan akan hadir dengan dua pilihan model yang berbeza.

Dari segi spesifikasi dalaman, Lenovo Yoga 9i ini akan dikuasakan oleh pilihan CPU Intel Core i7-1185G7 dengan storan SSD NVMe sebesar 1TB.

Selain daripada kebolehan untuk dilipat menjadi sebuah tablet, Lenovo Yoga 9i ini juga hadir dengan tempat rehat telapak tangan yang diperbuat daripada gelas.

Sebahagian daripadanya juga digunakan untuk Smart Sensor Touchpad yang bukan sahaja membolehkan pengguna untuk menjejak kursor di atas skrin, tetapi menggunakan sistem maklum-balas haptik untuk menggantikan klik fizikal.

Untuk Lenovo Yoga 9i ini, Lenovo hadir dengan dua pilihan rangka yang berbeza, iaitu model yang dilengkapi dengan rangka aluminum hitam yang dinamakan “Mica” dan juga rangka yang dilitupi kulit berwarna hitam yang dinamakan “Shadow Black”.

Lenovo Yoga 9i dengan rekaan logam “Mica” dijual pada tanda harga bermula RM6499 di kedai fizikal Lenovo Malaysia, manakala Lenovo Yoga 9i dengan rekaan kulit “Shadow Black” kini dijual melalui kedai atas talian Lenovo Malaysia pada harga bermula RM6909.


Paling Popular