Apple pada tahun ini telah memperkenalkan siri iPhone 12 pada bulan Oktober, dan dipasarkan di Malaysia bermula November. Kelewatan ini adalah disebabkan oleh beberapa perkara – dan paling utama adalah disebabkan oleh penularan wabak Covid-19 yang memberikan impak dalam proses pengeluaran peranti.
Apa pun, untuk tahun 2021 kelak, Apple dijangka akan kembali kepada latar pengeluaran seperti sebelum ini, dan mungkin memperkenalkannya sekitar September seperti kebiasaan.
Sebelum-sebelum ini, Apple sedia memperkenalkan iPhone baru pada bulan September, dan cuma tahun ini mereka mengubahnya kepada Oktober disebabkan oleh Covid-19.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah ciri baru yang akan disertakan. Ada yang mengatakan Apple mungkin memperkenalkan salah satu versi iPhone 13 yang hadir dengan rekaan tanpa port sepenuhnya.