Nokia PureBook X14 Kini Rasmi – Komputer Riba Jenama Nokia Untuk Pasaran India

Nokia PureBook X14 Kini Rasmi – Komputer Riba Jenama Nokia Untuk Pasaran India

Diterbitkan pada Dis 14, 2020 oleh .

Nokia merupakan sebuah jenama yang tidak asing lagi untuk pelbagai pengguna seluruh dunia. Selepas melesenkan jenama kepada HMD Global untuk pengeluaran telefon pintar, kini Flipkart turut melesenkan jenama Nokia untuk pengeluaran komputer riba di pasaran India.

Komputer riba pertama yang diperkenalkan dibawah siri ini adalah Nokia PureBook X14. Ia akan dipasarkan khusus di India sahaja buat masa ini.

Nokia PureBook X14 hadir dengan skrin 14-inci FHD, dijana cip Intel Core i5 generasi ke-10, memori 8GB RAM, dan storan 512GB NVMe SSD.

Nokia PureBook X14 ini menggunakan sistem operasi Windows 10 Home Edition, menyertakan port USB 3.1, USB 2.0, USB-C, HDMI, selain hadir dengan sokongan webcam dengan sokongan IR.

Komputer riba ini akan dijual di India melalui Flipkart pada harga Rs59,990, iaitu sekitar RM3305.



Paling Popular