Shopee merupakan salah satu laman edagang popular, dan telah mengadakan jualan tahunan 12.12 baru-baru ini. Jikalau pada 11.11 yang lepas, Shopee menyaksikan seorang pengguna berbelanja sehingga RM70,000, kini pada 12.12, ia memperlihatkan seorang pengguna tempatan membuat sehingga 180 tempahan pada pagi 12.12.

Ini boleh dikatakan antara tempahan yang tinggi dilakukan oleh seorang pembeli dalam tempoh kurang 24 jam. Secara keseluruhan, sekitar 875,000 barangan telah terjual di Selangor sahaja dalam tempoh sejam pertama pada 12.12.
Pengguna dilihat membuat pembelian yang tinggi untuk barangan rumah, barangan runcit, dan juga peranti mudah-alih serta aksesorinya.
Jikalau dilihat dari segi rantau Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee melihat pada waktu puncak, sekitar 1 juta barangan dibeli dalam masa seminit.
Selari dengan perkembangan arena edagang, Shopee juga mengatakan mereka melihat impak positif dalam penggunaan dompet digital mereka, ShopeePay.