Cari @ Amanz

Jomlaunch 2020 telahpun melabuhkan tirainya pada 28 November yang lepas. Acara yang telah berlangsung secara maya berbanding tahun-tahun terdahulu secara fizikal, tidak sedikitpun mengurangkan sambutan terhadap aktiviti tahunan ini yang pertama kali dijalankan sepanjang seminggu.

Sebanyak 20 projek telah dibentangkan dalam masa 5 hari acara ini. Dari 20 projek tersebut, 5 projek terbaik adalah:

  • Flybots: Sistem dron yang berfungsi memudahkan kerja-kerja pemantauan infrastruktur tinggi.
  • Jejahit: Tukang jahit tidak perlu merekod tempahan secara bertulis, sebaliknya boleh menggunakan aplikasi dan mengira tempahan secara automatik.
  • Datang.my : Sistem kehadiran untuk syarikat merekod kedatangan pekerja dan tetamu termasuklah data suhu badan sesuai dengan waktu pandemik ini.
  • JobXservice: Aplikasi mudah-alih ini menawarkan dua platform, membolehkan pengguna mencari perkhidmatan teknikal pada kadar segera dan juga membolehkan penyedia perkhidmatan menyenaraikan perkhidmatan mereka.
  • <your>Flix : Startup ini telahpun membangunan perkhidmatan penstriman yang boleh digunakan oleh mana-mana syarikat yang berminat untuk melancarkan penstriman tersendiri. Mereka juga menyediakan infrastruktur teknikal untuk Nurflix.TV

Dari kelima-lima startup diatas, <your>Flix dinobatkan sebagai pembentangan terbaik dan memenangi wang sejumlah RM 1,000. Selain dari pembentangan projek, terdapat juga sesi perkongsian dari pengaturcara tempatan dan antarabangsa. 

Malah untuk julung kalinya terdapat acara pengaturcaraan yang berlangsung selama 4 hari yang ditaja oleh DigitalOcean. Tiga peserta JomLaunch memenangi kredit Digital Ocean bernilai USD 500 disamping barangan cenderamata bernilai USD 50.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd