Google Play Store Turut Gagal Untuk Diakses
December 14, 2020
Lain-lain
Aman
Kemaskini : Perkhidmatan Google kini telah kembali beroperasi seperti biasa.
Disamping masalah untuk mengakses perkhidmatan berasaskan web, ia dilihat perkhidmatan Google lain turut menghadapi masalah untuk diakses. Antaranya adalah termasuk Google Docs, dan mengejutkan adalah Google Play Store.

Pengguna tidak boleh melakukan sebarang carian pada Google Play Store, selain turut tidak boleh memuat-turun sebarang aplikasi dari kedai aplikasi berkenaan.
Buat masa ini, Google masih tidak mengumumkan sebarang kemaskini berkenaan dengan masalah ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.