Samsung dan TikTok hari ini mengumumkan kerjasama, dimana melaluinya Samsung akan menawarkan TikTok secara eksklusif pada televisyen pintar mereka – bermula di Eropah.
Aplikasi TikTok ini boleh diakses melalui semua Samsung Smart TV bermula 2018 sehingga 202 dan terbaru. Aplikasi TikTok ini boleh dimuat-turun melalui Samsung Smart TV App Store, dan menikmati kandungan lebih kurang sama seperti pada telefon pintar.
Buat masa ini, kerjasama membawa kandungan ini ke kaca televisyen hanya di Eropah sahaja. Ia tidak diketahui lagi bilakah ia akan diperluaskan ke negara-negara yang lain.