Google Beritahu Mengapa Perkhidmatan Mereka Tidak Boleh Diakses Untuk Sekitar 45 Minit

Google Beritahu Mengapa Perkhidmatan Mereka Tidak Boleh Diakses Untuk Sekitar 45 Minit

Diterbitkan pada Dis 14, 2020 oleh .

Pada malam tadi, sekitar pukul 8 malam, sejumlah perkhidmatan dibawah Google menghadapi masalah untuk diakses. Ini termasuk melibatkan YouTube, GMail, Google Docs, Google Play Store, Google Drive dan banyak lagi.

Perkara ini sekaligus membuatkan ramai tertanya-tanya mengapakah perkhidmatan Google ini tidak boleh diakses untuk sekitar 45 minit.

Memaklumkan mengenainya, Google mengatakan mereka menghadapi masalah sistem pengesahan disebabkan oleh kuota storan dalaman.

Mungkin kerana ini juga ramai yang memaklumkan mereka boleh mengakses YouTube ketika menggunakan mod inkognito.

Pihak Google tidak berkongsi lanjut mengenainya buat masa ini. Semua perkhidmatan Google telah kembali beroperasi seperti sedia kala buat masa ini.


Paling Popular