Cari @ Amanz

Selepas tertiris bulan lalu, kini Nokia C1 Plus dilihat telah diperkenalkan secara rasmi. Ia merupakan naik-taraf berbanding model sebelum ini yang ditambahbaik dengan sejumlah spesifikasi lebih baik baik termasuk dilengkapi sokongan 4G.

Untuk spesifikasi, Nokia C1 Plus hadir dengan paparan bersaiz 5.45-inci dengan resolusi HD+ bersama nisbah aspek 18:9. Spesifikasi dalaman yang lain termasuklah penggunaan memori 1GB RAM dan storan dalaman 16GB yang boleh diperluaskan. Spesifikasi khusus untuk cip pemproses tidak pula diketahui, tetapi dijana cip empat teras dengan kelajuan mencecah 1.4Ghz.

Konfigurasi kamera pula terdiri dengan sensor 5-Megapixel untuk lensa utama dan swafoto. Kemudian, kapasiti bateri adalah sebesar 2,500mAh yang boleh dicas menggunakan sambungan port mikroUSB. Spesifikasi lain termasuklah menjalankan perisian Android 10 (Go Edition), bicu audio 3.5mm dan tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Red serta Blue. Nokia C1 Plus ditawarkan pada harga €69 iaitu sekitar ~RM341 untuk seunit.

Sekadar selingan, Nokia Malaysia baru-baru ini telah mula menawarkan model Nokia 3.4 untuk pasaran tempatan. Peranti ini ditawarkan pada harga RM599 untuk pilihan 3GB RAM dan 32GB storan. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya menerusi sejumlah saluran berbeza – iaitu kedai atas talian Macpie Asia, Lazada dan Shopee.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd