iQOO U3 Hadir Dengan Skrin 90Hz, Cip MediaTek Dimensity 800U Dan Dwi-Kamera Utama

Diterbitkan pada Dis 15, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

iQOO kini dilihat hadir dengan sebuah lagi penawaran peranti pintar baharu menerusi model iQOO U3. Ia merupakan sebuah lagi peranti pintar yang dikuasakan oleh pemproses MediaTek Dimensity 800U. Antara titik jualan lain pada model ini adalah skrin dengan kadar segar semula tinggi, bateri besar dan kamera utama 48-Megapixel.

Untuk spesifikasi, iQOO U3 dilengkapi skrin bersaiz 6.58-inci LCD dengan resolusi FHD+. Paparan ini turut menyokong kadar segar semula tinggi 90Hz dan menawarkan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90.61%. Seterusnya, spesifikasi dalaman peranti turut dipadankan dengan memori sehingga 8GB RAM (LPDDR4x), storan dalaman 128GB (UFS2.2) dan bateri 5,000mAh dengan pengecasa 18W.

Konfigurasi kamera utama terdiri dengan 48-Megapixel untuk sensor utama dan 2-Megapixel pula untuk sensor kedalaman. Sementara itu, kamera hadapan pula dilengkapi sensor sebesar 8-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah port USB-C, bluetooth 5.1, pengimbas cap jari sisi, bicu audio 3.5mm dan sebagainya.

iQOO U3 dijual pada harga bermula RMB1,498 (~RM929) untuk versi asas dan buat masa ini ia hanya ditawarkan untuk pasaran China sahaja.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami