Yes Umum Pakej Prabayar “Kasi Up” – RM15 Untuk 10GB, Pascabayar RM49 Sebulan Untuk 100GB

Yes Umum Pakej Prabayar “Kasi Up” – RM15 Untuk 10GB, Pascabayar RM49 Sebulan Untuk 100GB

Diterbitkan pada Dis 15, 2020 oleh .

Yes hari ini telah mengumumkan penawaran pelan prabayar dan pascabayar baru. Dinamakan sebagai “Kasi Up”, Yes hadir dengan fokus untuk memberikan akses data pada harga yang lebih mampu untuk pengguna berbanding pelan telekomunikasi yang lain.

Pelan pertama adalah Yes Kasi Up Prepaid, yang mana menawarkan data sebanyak 10GB pada harga langganan RM15 sebulan. Pelan ini hadir dengan masa penggunaan selama 30 hari, sekaligus menjadikannya sebagai salah satu pelan pada harga rendah, tetapi tempoh penggunaan yang lama.

Pelan kedua yang diumumkan adalah Yes Kasi Up Postpaid 49, yang mana menawarkan pelan langganan pada harga RM49 sebulan untuk data sebanyak 100GB sebulan. Menariknya, Yes turut menawarkan langganan percuma selama 6 bulan untuk mereka yang mendaftar dengan kontrak selama 2 tahun.

Dengan kedua-dua pelan baru ini, Yes berharap dapat mengurangkan beban pengguna dalam mengharungi cabaran era norma baharu kini, selain memudahkan urusan pembelajaran dan pekerjaan dari rumah.



Paling Popular