Carian
Prototaip “Phone Hub” Diperlihatkan – Integrasi Yang Lebih Mendalam Untuk Peranti Android Dengan Chrome OS
December 15, 2020 Fahim Zahar

Integrasi telefon pintar ke komputer adalah satu perkara yang menarik. Apple hadir dengan ekosistem tersendiri, yang mana adalah antara yang paling efisien – seperti menjawab panggilan telefon, iMessage, FaceTime, Handoff dan banyak lagi. Microsoft hadir dengan Phone Hub, yang mana bebas digunakan oleh pengguna Android dan iOS – tetapi pengguna Samsung mempunyai faedah yang lebih baik.

Google turut ingin hadir dengan fungsi yang lebih kurang sama, iaitu Phone Hub. Melalui Phone Hub ini, pengguna peranti Android boleh menikmati ekosistem seakan pengguna iPhone dengan macOS. Seperti biasa, laman tetapan Googlen adalah begitu minimal dan ringkas, serta mudah faham dengan bantuan visual. Sejurus peranti sudah ditambat, terdapat tetingkap yang memaparkan nama peranti, status bateri, rangkaian Internet, ada butang akses mencari peranti, aktifkan hotspot atau juga mengaktifkan Do Not Disturb.

Notifikasi peranti turut boleh dipaparkan dan pengguna boleh sambung tugasan di Chrome pada telefon pintar ke Chrome OS dengan mudah. Buat masa ini, ia masih lagi prototaip dan belum berfungsi. Tetapi kelak, Chrome OS akan menjadi lebih efisien dan mudah digunakan. Ia juga akan membuatkan pengguna Android mencari ekosistem yang baik.

Bila ia akan dilancarkan dan Chromebook mana yang menyokong, masih belum dikongsi. Ia masih lagi dalam pembinaan dan ujian. Google mungkin akan memperkenalkannya dengan Chromebook baharu atau kemaskini akan datang.

Komen