Cari @ Amanz

Signal ialah aplikasi permesejan sulit yang dibangunkan oleh Signal Foundation dan Signal Messaging yang menjanjikan penyulitan mesej hujung-ke-hujung yang tidak boleh dipintas oleh sesiapa pun.

Terkini, Signal telah memperkenalkan fungsi panggilan video berkumpulan, dan sama seperti fungsi-fungsi lain yang ditawarkan pada aplikasi tersebut, ia hadir dengan ciri penyulitan hujung-ke-hujung yang tidak boleh dipintas.

Dikala aplikasi telesidang sangat popular digunakan, keputusan Signal untuk memperkenalkan fungsi video berkumpulan ini sekarang mungkin dipandang sebagai agak lambat, khususnya apabila fungsi tersebut adalah terhad kepada lima pengguna sahaja.

Walaupun begitu, Signal mempunyai rekod yang sangat bersih apabila bercakap mengenai teknologi penyulitan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd