Carian
Kerajaan Akan Menaik-Taraf Sambungan Internet Di Sekolah Mencapai Sehingga 800Mbps Bermula Pertengahan 2021
December 15, 2020 Aman

Menteri Pendidikan hari ini berkongsi beberapa perkara berkaitan perancangan yang melibatkan arena pendidikan pada 2021 kelak.

Menurut beliau, kerajaan akan menaik-taraf capaian internet di sekolah dengan kelajuan 30Mbps ke 100Mbps kepada antara 100Mbps hingga 800Mbps melalui rangkaian bersepadu sektor awam MyGovNet yang disediakan oleh Mampu bermula daripada pertengahan 2021 kelak.

Disamping itu, Menteri Pendidikan mengatakan hampir di semua sekolah sedia mempunyai sambungan internet melalui jalur lebar, dan bagi sekolah dikawasan pedalaman dengan capaian yang sukar, maka mereka akan dihubungkan melalui rangkaian VSAT. Bagi sekolah yang belum menerima sambungan melalui VSAT ini, mereka dijangka menerimanya bermula Februari 2021 kelak.

Komen