Cari @ Amanz

Samsung dijangka memperkenalkan siri Galaxy S21 pada pertengahan Januari 2021 ini. Selari dengannya, satu demi satu info berkenaan ciri yang bakal disertakan kedengaran dari hari ke hari.

Paling terbaru, kini ia diperkatakan Samsung akan menyertakan pengimbas cap jari pada skrin yang beroperasi lebih pantas berbanding pada hari ini. Ia diperkatakan pengimbas ultrasonik ini beroperasi dua kali ganda lebih pantas berbanding pada Galaxy S20 sebelum ini.

Pada masa yang sama, kawasan pengimbas cap jari ultrasonik ini juga lebih luas berbanding pada sebelum ini, iaitu sekitar 1.77 ganda lebih besar.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan info lanjut mengenai telefon mercu Samsung untuk tahun 2021 ini dari hari ke hari akan datang.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd