Cari @ Amanz

Rasanya, boleh dikatakan siri Samsung Galaxy A antara model yang sering mendapat perhatian ramai. Seperti yang telah kita lihat, pasaran negara kita juga telah dibanjiri oleh pelbagai model di bawah siri ini. Sebelum ini, terdapat desas-desus mengatakan Samsung dalam perancangan untuk Samsung Galaxy A72 5G dan ia dipercayai hadir dengan sistem kuad-kamera utama.

Menerusi kerangka yang tertiris, ia seakan mengiyakan spekulasi yang tersebar. Sistem kuad-kamera digunakan di sini dengan rekaan kamera seakan menyerupai Samsung Galaxy A52 yang tertiris sebelum ini. Namun terdapat perubahan pada susunan LED Flash dan lensa keempat. Selain itu, ia juga mungkin menggunakan port sambungan USB-C dan bicu audio 3.5mm. Tiada sebarang pengimbas cap jari fizikal yang ditemui. Jadinya, kita boleh menyasarkan ia mungkin akan menyertakan pengimbas cap jari pada skrin.

Sekadar selingan, Samsung Malaysia sebelum ini sedia hadir dengan penawaran Samsung Galaxy A42 5G untuk pasaran tempatan. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya pada harga RM1,599 menerusi sejumlah platform berbeza termasuk kedai atas talian rasmi Samsung.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd