Shopback Menyaksikan Seorang Pengguna Berbelanja Tinggi Di Zalora Pada 12.12, Dijangka Menerima Pulangan Tunai RM1200

Diterbitkan pada Dis 15, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Shopback merupakan salah satu perkhidmatan berasaskan web dan aplikasi, yang membolehkan pengguna mendapatkan pulangan tunai untuk pembelian daripada sejumlah rakan kerjasama. Dengan langkah ini, pengguna boleh menikmati diskaun, dan pada masa yang sama menerima pulangan tunai dan lebih berjimat atas pembelian mereka.

Bersempena dengan 12.12 yang lepas, Shopback turut berkongsi beberapa data menarik berkaitan platform mereka. Shopback mengatakan mereka menyaksikan peningkatan trafik pembelian sehingga 30x berbanding hari biasa pada jam pertama 12.12, antara 12 tengah malam sehingga 1 pagi.

Menariknya, salah seorang pengguna dilihat turut berbelanja tinggi di platform Zalora. Daripada kiraan pulangan tunai, pengguna berkenaan dijangka akan menerima sekitar RM1,200 selepas pembeliannya disahkan pihak Zalora.

Secara keseluruhan, Shopback mengatakan secara purata pengguna berbelanja RM200 pada 12.12 yang lepas, dan secara keseluruhan pengguna Shopback secara keseluruhan akan menerima pulangan tunai sehingga RM300,000 untuk pembelian pada 12.12 yang lepas.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami