Oppo Watch Menerima Kemaskini Wear OS H-MR2 – Prestasi Lebih Pantas Dan Pemantauan Tidur Yang Lebih Baik

Diterbitkan pada Dis 15, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo Watch adalah jam tangan pintar pertama dari Oppo dengan sistem operasi Wear OS. Ia juga adalah satu-satunya jam Wear OS dengan sistem operasi Wear OS yang telah diubahsuai oleh pengeluar versi global. Yang pertama adalah Mi Watch yang menggunakan MIUI For Watch, tetapi ia terhad di China.

Oppo Watch

Jam ini dijana dengan cip kuno Snapdragon 3100, tetapi mempunyai prestasui yang menarik kerana pengoptimasian perisian yang bagus. Terkini, Oppo mula mengedarkan kemaskini H-MR2 kepada pengguna Oppo Watch. Melalui kemaskini ini, perkara paling menarik adalah pemantauan tidur yang kini sentiasa aktif dan tidak lagi terhad dari 8 malam ke 10 pagi. Bukan itu sahaja, prestasi juga dilaporkan menjadi lebih baik dan lebih pantas.

Turut disediakan adalah lebih banyak pilihan muka jam yang sebelum ini muncul dalam promosi, tetapi masih tidak ada. Bateri juga dikatakan lebih baik, yang mana dilaporkan pengguna mencapai dua hari penggunaan berbanding sebelum ini sekitar satu hari setengah sahaja. Kemaskini ini diedarkan secara OTA dan berkemungkinan besar secara berperingkat. Jika anda memiliki jam ini, pastikan semak notifikasi dan mulakan kemaskini untuk pengalaman penggunaan yang lebih baik.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami