Carian
DHL Dan Aerodyne Akan Mengkaji Keberkesanan Penghantaran Menggunakan Dron Di Malaysia
December 15, 2020 Aman

Kerajaan sedia mengumumkan pengenalan Sandbox yang memudahkan para pembangun teknologi dan dalam sektor inovasi untuk bereksperimen  dengan pelbagai penawaran dan perkara baru. Salah satu sektor yang turut dilihat dengan perkembangan edagang adalah penghantaran menggunakan dron.

Selari dengannya, kini DHL Express Malaysia mengumumkan kerjasama dengan Aerodyne Group untuk mengkaji keberkesanan penghantaran menggunakan dron di Malaysia.

Kajian akan lebih memfokuskan kepada penggunaan dalam arena sains kehidupan, serta rantaian bekalan maritim.

Antara pasaran yang dilihat boleh ditambah-baik – terutamanya untuk penghantaran melibatkan kesihatan dan perubatan adalah di Sabah dan Sarawak, sementara untuk penghantaran pantas di Selat Melaka.

Selain kedua-duanya, pelbagai pihak yang turut mengkaji penggunaan dron dalam penghantaran. 

Sebelum ini, kita telah melihat beberapa kajian dilakukan dalam arena sama – termasuk oleh Pos Malaysia sendiri. Ia pernah diperkatakan yang mana penggunaan dron komersil dalam industri pos dan kurier boleh dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Komen