Xiaomi Mengumumkan Mi Watch Lite Untuk Malaysia – Berharga RM249

Xiaomi Mengumumkan Mi Watch Lite Untuk Malaysia – Berharga RM249

Diterbitkan pada Dis 15, 2020 oleh .

Xiaomi Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran jam tangan pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Mi Watch Lite.

Xiaomi Mi Watch Lite hadir dengan skrin 1.4-inci pada resolusi 320×320, dan menyertakan lima pilihan muka jam. Xiaomi menyertakan bateri 230mAh untuk ketahanan sehingga 9 hari, dan mampu dicas dalam masa 2 jam.

Seperti sejumlah jam tangan pintar lain, Mi Watch Lite turut boleh digunakan bersama Xiaomi Wear App, dan menyemak integrasi data untuk kesihatan anda, termasuk untuk menyemak pelbagai mod sukan. Xiaomi mengatakan ia menyokong 11 mod senaman – termasuk untuk larian, berenang dan pelbagai lagi.

Melengkapkan jam tangan pintar ini juga adalah integrasi GPS bersama dengannya, selain kemudahan untuk menyemak tekanan udara.

Di Malaysia, Xiaomi Mi Watch Lite akan ditawarkan pada harga RM249 mulai 20 Disember 2020.

Sekiranya anda benar-benar ingin mendapatkannya, turut boleh menandakan kalendar anda, dan mendapatkan ia pada harga RM199 hanya pada 17 Disember melalui Lazada.



Paling Popular